Lebih baik menjadi pendengar yang bijak daripada menjadi pemerhati yang tidak tahu apa-apa....

Friday 10 June 2011

Manual Cara Membina Blog

Langkah 1

Layari blogger untuk memulakan langkah pembinaan blog kita. Paparan berikut akan   terpapar, isikan kedua-dua ruang "Username" dan " "Password" dengan kata laluan yang sama dengan kata laluan e-mail.Kemudian klik " CREATE A BLOG"



Langkah 2

Apabila paparan berikut terhasil, letakkan nama  yang ingin dipaparkan dalam blog nanti di ruang "Display Name". Kemudian klik (seperti dipaparkan ) di ruang "Email Notification" dan
" Acceptance Of Term". Klik "Continue" apabila semua langkah di atas telah dibuat.



Langkah 3

Setelah paparan " Name your blog" ini terhasil, letakkan tajuk blog kita di ruangan "Blok Title". Ruang ini mesti diisi. Nama blog ini boleh ditukar dari masa ke semasa. Di ruangan "Blog Adress ( URL ), masukkan nama yang sesuai denga  tajuk blog tadi.. Pastikan nama blog ini ditulis rapat-rapat. Setelah selesai, klik "CONTINUE".


 Langkah 4

Apabila paparan "Choose a template" ini dihasilkan, pilih template yang akan menjadi latarbelakang kepada blog yang akan kita hasilkan dengan cara klik kepada template yang menjadi pilihan.Template yang dipilih ini juga boleh ditukar kepada template yang lain dari masa ke semasa.Setelah membuatpilihan, klik "Continue".


Langkah 5

Apabila saja paparan berikut dihasilkan, bermakna kita telah berjaya membina blog peribadi sendiri. Setelah blog berjaya dibina, kita boleh mula menulis apa-apa artikel untuk dipublishkan kepada umum. Mulakan dengan menekan butang "START BLOGGING"


Langkah 6 

Apabila selesai menaip artikel berkenaan, klik butang "PUBLISH POST" untuk membolehkan artikel dipaparkan dalam blog. 


 Langkah 7


Artikel yang ditaip telah dipaparkan ke dalam blog. Seterusnya jemputlan rakan-rakan ke blog.



     

Penggunaan ICT dalam Pengajaran dan Pembelajaran

Penggunaan ICT dalam Pengajaran dan Pembelajaran

Thursday 9 June 2011

E-TUISYEN Satu kaedah Pengajaran & Pembelajaran Sains


E-TUISYEN SAINS:
SATU KAEDAH PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN UNTUK PELAJAR UPSR


Dalam era ledakan teknologi maklumat dan ilmu pengetahuan pada masa kini, pendidikan di Malaysia berkembang pesat dan semakin menghampiri sasaran negara iaitu Wasasan 2020. Dalam aspek ini teknologi maklumat menjadi salah satu agen pemangkin yang mengorak  ke arah pembudayaan Sains dan Teknologi bagi mewujudkan masyarakat yang berkebolehan dan berkemampuan dalam bidang teknologi selaras dengan misi dan visi negara.


E-Tuisyen Sains untuk UPSR merupakan satu sistem pembelajaran berasaskan web khas bagi subjek Sains untuk para pelajar yang bakal menghadapi peperiksaan UPSR.Sistem ini dibangunkan untuk subjek Sains memandangkan kepentingan subjek ini dalam perkembangan bidang Sains dan Teknologi di Malaysia disamping menggalakkan pertumbuhan minat dalam bidang ini di kalangan para pelajar sekolah rendah.  Sistem pembelajaran berasaskan web ini dibangunkan sebagai satu kaedah pengajaran dan pembelajaran untuk membantu pihak-pihak yang terlibat seperti pelajar dan penunjukajar (guru dan ibubapa).

UPSR


UPSR adalah program pengujian yang ditadbir secara berpusat untuk menilai pencapaian kognitif pelajar di akhir sekolah rendah. Objektif UPSR ialah untuk menilai pencapaian pelajar sekolah rendah dalam  kemahiran asas mereka dan juga bagi mata pelajaran Bahasa Inggeris dan Sains.  Ia berdasarkan Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR)



Subjek Sains menjadi domain bagi E-Tuisyen ini adalah disebabkan oleh beberapa perkara tertentu iaitu:

Sains merupakan subjek teras yang akan diuji didalam UPSR
Didalam subjek-subjek yang diuji didalam UPSR, Sains merupakan satu subek yang dianggap
   susah oleh kebanyakkan pelajar.
Dalam pembelajaran Sains, ia memerlukan pengajaran yang lebih berbentuk rajah kerana ia
   banyak berkisarkan tentang konsep dan teori yang boleh diterangkan dalam bentuk gambar
   bermultimedia.
Memupuk minat para pelajar terhadap subjek Sains itu sendiri
Merialisasikan wawasan negara yang kini bergerak maju dalam era Sains dan Teknologi, RnD
  dalam usaha melahirkan pelajar yang cemerlang.

Kejayaan pendidikan Sains sebenarnya banyak bergantung kepada kemampuan dan pendekatan yang digunakan untukk menyampaikan ilmu agar dapat menarik minat para pelajar mendalami subjek ini. Justeru itu,kaedah pendididkan Sains perlu diolah agar mendapat perhatian daripada para pelajar bagi membolehkan negara menghasilkan lebih ramai saintis pada masa hadapan.Menyedari usaha memupuk minat terhadap minat terhadap subjek ini, para pelajar perlu bermula dari peringkat awal.

Sejajar dengan itu, Kementerian Pendidikan Malaysia telah memperkenalkan subjek Sains di peringkat  sekolah rendah bermula pada tahun 1997 dan ianya juga dijadikan salah satu kertas wajib dalam peperiksaan UPSR.  Realitinya,ramai dikalangan pelajar yang kurang berminat untuk mendalami ilmu Sains ini kerana pada anggapan mereka subjek Sains sukar untuk dipelajari dan memerlukan kajian serta daya pemikiran yang tinggi.  Berikutan dengan masalah ini,ramai yang beranggapan bahawa punca kelemahan dan kekurangan minat di kalangan pelajar terhadap subjek Sains adalah kerana guru tidak dapat memberikan pengajaran yang berkesan akibat kurang daya kreativi.

E-Tuisyen ini akan dibangunkan dengan matlamat untuk menyediakan satu pendekatan yang lebih berkesan dalam proses pengajaran dan pembelajaran subjek Sains di sekolah rendah.
Dengan adanya gabungan daripada kemajuan teknologi perkomputeran dan kaedah pembelajaran Sains yang berkesan, masalah-masalah yang dinyatakan tadi pasti dapat diatasi. E-Tuisyen akan menyediakan nota-nota yang lengkap mengikut silibus yang telah ditetapkan dalam bentuk yang lebih menarik,mudah dipelajari dan menyeronokkan.

Punca Pelajar tidak Meminati Sains:

Teknik pengajaran yang tidak selari dengan perkembangan terkini dunia sains telah dikenalpasti antara faktor menyebabkan pelajar di negara ini kurang meminati matapelajaran Sains. Sebab-sebab lain ialah :-

Guru perlu didedahkan dengan teknik pengajaran yang dapat menari minat pelajar terhadap
   matapelajran Sains mahupun Matematik.
Teknik pengajaran perlu sejajar dengan perubahan sains dan teknologi. Penggunaan alat bantu
   mengajar yang mudah difahami serta teknik yang membolehkan pelajar merasai kewujudan
   Sains perlu dipraktikkan
Guru-guru masih menggunakan teknik pengajaran yang digunakan sepuluh tahun dahulu iaitu
   mengajar dan pelajar hanya mendengar sahaja.
* Sifat pelajar sendiri yang menganggap matapelajaran sains merupakan satu subjek yang sangat   
   susah juga adalah sebab utama pelajar kurang meminati matapelajaran Sains.

Pengenalan E-Tuisyen Sains untuk UPSR:
Kaedah Pengajaran Berkesan:-
Pengajaran dan Pembelajaran yang berkesan merupakan satu proses pengajaran yang menghasilkan satu proses pembelajaran yang berkesan di mana ianya dapat mengubah tingkah laku, membina dan mengembangkan aspek rohani,minda serta jasad pelajar.Dengan kata yang lebih mudah,pelajar berasa seronok, bertambah minat, kefahaman dan lebih menghayati apa yang disampaikan serta dapat melakukan aktiviti yang berkaitan dengan proses pengajaran yang telah dijalan.. Berikutan dengan itu, pertimbangan yang sewajarnya perlu diberi dalam merancang dan melaksanakan pengajaran dan pembelajaran secara optimum dan berkesan.

Kaedah pendidikan pada masa kini seharusnya lebih memberikan penekanan terhadap budaya berfikir dimana para pelajar didedahkan dengan proses pengajaran dan pembelajaran yang  mampu menjana mereka ke arah pemikiran secara kritis dan kreatif.  Ini bermakna guru harus  mahir dalam menggunakan pelbagai teknik dalam merekabentuk kaedah pengajarannya agar  maklum balas daripada pelajar melalui proses interaksi mampu menjana pemikiran para pelajar ini.

Pengajaran Sains Berkesan:

Pengajaran berkesan ialah proses mengajar yang menghasilkan proses pembelajaran yang  di kalangan pelajar yang menghasilkan proses pengajaran tersebut. Ia dapat mengubah tingkah laku membina dan mengembangkan aspek rohani,minda serta jasad pelajar. Dalam bahasa yang mudah,pelajar berasa seronok,bertambah minat,faham,menghayati bahan yang diajar, meningkat kemahiran dalam aspek kognitif dan manipulasi mereka serta dapat melakukan aktiviti yang berkaitan dengan proses pengajaran yang telah dijalani. Selanjutnya, pelajar lulus cemerlang dalam peperiksaan yang dijalani.
Pada asasnya, pengajaran berkesan bergantung kepada:

Kepakaran guru terhadap bahan pengajaran
Keperluan bahan pengajaran
Pedagogi dan strategi atau kaedah pengajaran
Kemahiran berkomunikasi.

Pembelajaran Elektronik:
 
Pembelajaran berasaskan web atau e-pembelajaran merupakan hasil daripada perkembangan dan
kemudahan teknologi internet, dimana ianya telah membawa kepada satu kaedah pembelajaran yang baru kea rah mewujudkan keberkesanan penyampaian ilmu pada zaman siber ini. Secara umumnya, epembelajaran merupakan sebarang sumber pembelajaran yang menggunakan elektronik seperti LAN,WAN atau pun internet untuk penyampaian isi kandudngan,interaksi atau pun pemudahcaraan..  Bahan-bahan pengajaran dan pembelajaran yang disampaikan melalui media ini adalah berbentuk multimedia iaitu kombinasi daripada elemen-elemen seperti teks, grafik, animasi, audio dan video.  Ini merupakan satu alternative yang akan meningkatkan lagi minat para pelajar untuk meneroka pengetahuan-pengetahuan yang baru.

Pengenalan Pembelajaran Interaktif Dalam Pendidikan Elektronik:

Pembelajaran interaktif merupakan satu kaedah yang menggunakan unsur mutimedia dan membolehkan pengguna berinteraksi dengan teks,grafik,bunyi,animasi dan vedio untuk mendapat maklumat dan mesej yang disampaikan dalam bentuk yang menarik. Pendidikan elektronik yang menggunakan aplikasi mutimedia yang membentuk satu teknik pembelajaran yang interaktif ini adalah penting supaya dapat mencapai beberapa objektif seperti berikut:-

Mewujudkan suasana pembelajaran yang ceria, interaktif dan lebih efektif dikalangan pelajar.
Sesuatu maklumat atau mesej dapat disampaikan dengan cara yang kreatif dan dapat menarik
   perhatian pelajar.
Merangsang minat pelajar-pelajar untuk belajar dan meningkatkan daya tumpuan dan
   pemahaman terhadap sesuatu topik yang dibincangkan.

Penghasilan sistem E-Tuisyen ini adalah lebih kepada membantu para pelajar megulangkaji pelajaran dalam suasana yang berbeza samada dari segi ruang persekitaran,penyesuaian masa ataupun teknik penyampaian yang digunakan samada kita sedar ataupun tidak,sistem seumpama ini bukanlah sesuatu yang baru,ia sebenarnya sudah lama bertapak dalam dunia pendidikan di- negara kita dan kini semakin popular dan diminati di kalangan para pelajar.
Pusat-pusat tuisyen secara online ini sebenarnya memberikan banyak kelebihan dan kemudahan
kepada pelajar.Antaranya adalah :
Persekitaran pembelajaran yang lebih sesuai mengikut kehendak pelajar itu sendiri.
Penjadualan pembelajaran yang lebih fleksibel dimana mereka bebas memilih masa untuk   
   belajar
Persekitaran ‘kelas’ yang lebih baik dimana pelajar-pelajar mempunyai lebih banyak masa    
   untuk menimbangkan isu-isu dan persoalannya serta memberi tindakbalas dengan lebih
   matang secara pemikirannya.
Capaian pembelajaran yang lengkap.Para pelajar tidak perlu membazir masa menunggu atau
   mencari nota ataupun maklumat daripada sumber-sumber lain. Kemudahan capaian yang
   disediakan oleh sistem membolehkan para pelajar memperoleh semua maklumat yang di-
   perlukan dengan cepat.
Peningkatan kemahiran dan pengetahuan bukan sahaja dalam subjek yang mereka pelajari   
   bahkan dalam ilmu perkomputeran

Apa yang dapat dipastikan, kaedah pembelajaran ini menjanjikan satu pengalaman pembelajaran yang amat menarik kepada pelajar.  Para pelajar seharusnya lebih aktif menimba dan memproses maklumat sendiri dengan bantuan teknologi komputer.

Rujukan:

Ahmad Hozi H. A. Rahman. (2001). Strategi Pengajaran Sains Sekolah Rendah (2001). Kertas kerja
dibentangkan semasa Konvensyen Pendidikan Sains dan Matematik Sekolah Rendah Luar Bandar
Negeri Sembilan.

Dr Zolazlan Hamidin. (2001). P&P Kontekstual Sains dan Matematik. Kertas kerja dibentangkan
semasa Konvensyen Pendidikan Sains dan Matematik Sekolah Rendah Luar Bandar Negeri
Sembilan.

Prof. Madya Dr Salihin Siais. (2001). Strategi Mengajar Sains Sekolah Rendah. Kertas kerja
dibentangkan semasa Konvensyen Pendidikan Sains dan Matematik Sekolah Rendah Luar Bandar
Negeri Sembilan.