Kejohanan Padang dan Balapan peringkat sekolah telah diadakan pad 30 Jun 2011 dan dirasmikan oleh YDP PIBG Sekolah. Aktiviti tersebut diadakan secara sederhana dan dihadiri oleh semua warga sekolah dan ibubapa pelajar.
Selain acara padang dan balapan, berbagai aturcara lain telah diadakan bagi memeriahkan kejohanan. Antaranya Gimik perasmian, perbarisan , persembahan tekwando serta acara khusus untuk ibubapa.
Alhamdullillah, cuaca yang amat baik pada hari kejohanan seolah-olah memberkati aktiviti yang dilaksanakan. Ini kerana beberapa hari sebelumnya hujan sentiasa turun mencurah-curah membasahi padang sekolah dan menyukarkan murid-murid untuk mengadakan latihan yang diadakan pada sebelah petang. Bagaimanapun segala kepayahan ini dapat diatasi oleh guru-guru dan murid-murid di SKSP dengan semangat kesukanan yang mendalam disanubari masing-masing.
Syabas kepada semua warga sekolah kerana berjaya melaksanakan kejohanan padang dan balapan. Walaupun tidak banyak acara-acara yang dijalankan pada hari itu, tetapi keceriaan dan kepuasan tetap terpancar di wajah masing-masing.
Akhirnya, pasukan yang lebih mantap telah muncul sebagai juara. Murid gembira kerana berjaya dalam pertandingan yang disertai dan guru-guru juga gembira kerana telah berjaya melaksanakan satu tugasan yang diletakkan dibahu masing-masing. Kejayaan ini adalah kejayaan semua dan terima kasih kepada semua kerana sanggup bersusah payah untuk memperolehi kegembiraan ini.