Lebih baik menjadi pendengar yang bijak daripada menjadi pemerhati yang tidak tahu apa-apa....

Thursday, 14 July 2011

STRATEGI MENGAJAR SAINS DI SEKOLAH RENDAH

http://www.tutor.com.my/tutor/dunia.asp?y=2001&dt=1119&pub=DuniaPendidikan&sec=Kertas_Kerja&pg=kk_01.htrurm

 Artikel berkenaan memberitahu kita tentang peranan seorang guru Sains di sekolah rendah.  Selain menyampaikan ilmu kepada murid,guru Sains seharusnya merancang beberapa strategi pengajaran agar objektif guru dan murid akan tercapai.  Selain mengharap alat bantuan mengajar dan kemahiran ICT ada beberapa faktor lain yang menyumbang ke arah pengajaran guru berkesan:-

1.  Sikap guru dan pentadbir sekolah
2.  Kemahiran guru dan kemahiran pentadbir sekolah
3.  Motivasi guru dan motivasi pentadbir sekolah
4.  Misi dan Visi guru dan Misi dan Visi pentadbir sekolah
5.  Etika guru dan etika pentadbir sekolah
6.  Keadaan dan suasana persekitaran sekolah
7.  Kemahiran komunikasi guru dan pentadbir sekolah
8.  Pemikiran guru dan pemikiran pentadbir sekolah
9.  Keikhlasan guru dan pentadbir sekolah
10.Intergriti guru dan intergriti pentadbir sekolah
11.Mempunyai nilai-nilai murni dan bermoral
12.Berdoa dan bertawakal kepada Allah

Monday, 11 July 2011

Larian Serentak 1 Murid 1Sukan 1Malaysia -SK SIPUTEH

Aktiviti senamrobik yang dipimpin oleh guru-guru SKSP

Semasa larian
Penamat Larian
Pertandingan Melukis Poster untuk murid   Tahap 2

Friday, 8 July 2011

Kejohanan Balapan Dan Padang Sekolah Kebangsaan Siputeh

Kejohanan Padang dan Balapan peringkat sekolah telah diadakan pad 30 Jun 2011 dan dirasmikan oleh YDP PIBG Sekolah. Aktiviti tersebut diadakan secara sederhana dan dihadiri oleh semua warga sekolah dan ibubapa pelajar.
Selain acara padang dan balapan, berbagai aturcara lain telah diadakan bagi memeriahkan kejohanan. Antaranya Gimik perasmian, perbarisan , persembahan tekwando serta acara khusus untuk ibubapa.
Alhamdullillah, cuaca yang amat baik pada hari kejohanan seolah-olah memberkati aktiviti yang dilaksanakan. Ini kerana beberapa hari sebelumnya hujan sentiasa turun mencurah-curah membasahi padang sekolah dan menyukarkan murid-murid untuk mengadakan latihan yang diadakan pada sebelah petang. Bagaimanapun segala kepayahan ini dapat diatasi oleh guru-guru dan murid-murid di SKSP dengan semangat kesukanan yang mendalam disanubari masing-masing.
Syabas kepada semua warga sekolah kerana berjaya melaksanakan kejohanan padang dan balapan. Walaupun tidak banyak acara-acara yang dijalankan pada hari itu, tetapi keceriaan dan kepuasan tetap terpancar di wajah masing-masing.
Akhirnya, pasukan yang lebih mantap telah muncul sebagai juara. Murid gembira kerana berjaya dalam pertandingan yang disertai dan guru-guru juga gembira kerana telah berjaya melaksanakan satu tugasan yang diletakkan dibahu masing-masing. Kejayaan ini adalah kejayaan semua dan terima kasih kepada semua kerana sanggup bersusah payah untuk memperolehi kegembiraan ini.

Sunday, 3 July 2011

Penggunaan Teknologi Dalam Mengajar Sains Sekolah Rendah

http://www.searchinpdf.com/Penggunaan-Teknologi-dalam-Mengajar-Sains-di-Sekolah-Rendah

Artikel di atas merujuk kepada peranan guru Sains di sekolah rendah dalam penggunaan teknologi semasa proses pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas. Teknologi yang berasaskan komputer merupakan topik utama dalam bidang pendidikan untuk menyampaikan ilmu secara berkesan kepada pelajar.  Pengajaran berasaskan komputer dan perkakasan seperti Note Book,LCD, perisian CD,Kamera dan lain-lain dapat memudahkan kerja-kerja seorang guru dan dapat menghasil kemajuan fikiran di kalangan pelajar yang tidak berpeluang menghadapi suasana realiti sesuatu konsep ilmu. Dalam merealisasi kehendak pendidikan ,guru seharusnya didedahkan atau diberi khusus cara-cara pengendalian teknologi,ini termasuklah penguasaan komputer dan internet.  Kajian dapati masih ramai guru-guru Sains di sekolah rendah belum bersedia menggunakan komputer semasa pengajaran dan pembelajaran.  Setelah dibuat tinjauan melalui beberapa kaji selidik,sebahagian dari guru-guru Sains kurang didedahkan dengan komputer & internet.  Ada sesetengah dari mereka tidak mempunyai kemudahan tersebut di rumah.  Namunbegitu dapat dirumuskan bahawa kebanyakkan guru-guru Sains menyokong penggunaan teknologi maklumat untuk disampaikan kepada pelajar melalui pengajaran dan pembelajaran.